Tuesday, March 24, 2009

Cuti seminggu lagi


Baru jer ada line semalam..terpaksa bercuti lagi nampaknya..selama seminggu ni maybe teman takder kat rumah..kerana ada urusan membawa tetamu dari Malaysia nak pergi ke Aswan..ermm yang macam dalam gambar tu la tempat yang akan jadi tempat kunjungan teman..insya Allah malam ini teman akan berangkat ke sana..

Insya Allah Ummi Humaira' ada untuk meninjau perjalanan blog nih...macam sibuk sangat blog ni yerk..hehehehe..takper syok sendiri dulu..

Insya Allah sekembali dari Aswan nanti..akan teman coretkan pengalaman perjalanan teman ke sana nanti..ok..ketemu semula nanti..

Baca Lagi..

Buat adam...dari hawa..

Assalamualaikum...

Ini mungkin posting pertama ummi humaira' di blog ini..tidak ada apa-apa yang ingin ummu humaira' coretkan untuk pertama kali ini. Cuma ummi humaira' nak berkongsi satu sajak yang ditujukan khas untuk semua insan yang bergelar adam..sajak ini datangnya dari insan bergelar hawa..mari kita sama-sama hayati sajak tersebut..

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......

Dipetik dari : Warkah Wardah 1986

Baca Lagi..

Helang Lebuhraya



Ermm lawa tak kereta polis yang dah di make-up kan tuh..perghh mantap betui kereta polis tu yerk..

Tapi masih lagi dok bermain di fikiran teman ni..kalau kereta tu digunakan kat highway..macam takder gunanya..kalau dalam highway maner sangat la orang nak lari..

Ermm last2 nanti..kereta polis tu jadi sebagai bahan uji untuk pelumba haram nak testing kereta diorang pulak..pasni kene latih la pemandu kereta ni bior ada standart lebih sket..kalau kereta gempak tapi pemandu cam harem..moto kriss teman pun leh lepas rasanya..hehehe..

Apa-apa pun tahniah la utk abang polisi..semoga kalian dapat memberikan khidmat yg lebih baik..kereta dah gempak..lepas ni leh la setel masalah-masalah pembunuhan yang masih takder jawapan nya kat Malaysia ni..kes adik Syarlinie contohnya..

Syabas..Polis Raja Di Malaysia....

Baca Lagi..

Ir Nizar Calon PAS Bukit Gantang


Tahniah buat MB Perak nih...teman harapkan YB dapat menang dalam pilihanraya kecik kali ini..insya Allah jentera pilihanraya disana teman ucapkan selamat bertugas..kami di perantauan ini akan iringi usaha kalian dengan doa dan solat hajat...semoga Allah memberi bantuan di atas setiap usaha yang kita lakukan ini..amin..

Takbir.....Allahuakbar !!!!!

Baca Lagi..

Perasaan pun ada naik turun

Malam Jumaat kita boleh tengok macam-maca jenis orang. Yang jenis melalaknya. Yang jenis tunjuk lagak dengan keretanya. Lorong pejalan kaki di sepanjang jalan memang penuh pada kebiasaan nya.

Teman pun kadang-kadang keluar jugak la. Dah rasa boring kat rumah tuh. Kuar jalan-jalan ambik angin la orang kata.

Hampir 4 tahun teman kat sini, 1 perkara yang teman betul-betul suspect..opss..respect la..hehe..ermm perkara yang paling teman respect dengan masyarakat arab ini adalah ikatan kekeluargaan antara ahli keluarga.

Di Malaysia jarang kita nampak, rasanya susah sekali kita nak tengok anak lelaki berjalan berkepit tangan dengan ibunya. Si anak perempuan pulak berkepit dengan ayahnya. Kalau di Malaysia kita yang tengok pasti akan kata, buang tebiat orang tua nih. Hehehe..

Dan sudah pastilah bagi sang suami dan si isteri, berjalan sambil menikmati suasana malam Jumaat sudah semestinya berkepit antara satu sama lain. Di Malaysia jarang kita nampak pasangan yang telah berumur 60an jalan berkepit dengan pasangan kan. Disini fenomena itu adalah perkara biasa.

Itulah masyarakat arab. Takper ler..teman nak tinggalkan soal berkepit tangan antara mak ngan anak lelakinya serta ayah ngan anak pompuannya tuh. Apa yang teman nak cuba highlightkan adalah hubungan antara suami dan isteri.

Kadang-kadang kan, teman terpikir jugak. Diri teman ni tak berkahwin lagi, tapi banyak cakap pulak pasal soal alam perkahwinan ni kan. Bukan nya apa, bagi diri teman la kan. Soal alam rumahtangga ini memerlukan kita cedok ilmu-ilmu yang ada ini sebagai panduan untuk kita melayari bahtera rumahtangga nanti.

Kita habiskan separuh umur kita untuk belajar tentang ilmu-ilmu yang lain. Apalah salahnya sesekali kita cuba hayati dan mendalami ilmu rumahtangga ni kan. Sebab persoalan rumahtangga ini adalah satu persoalan yang cukup besar dalam Islam.

Ok..berbalik kita pada point asal teman. Teman teringat semasa teman dalam perjalanan balik ke Damahur dari Cairo dulu. Tak ingat dah bila tarikhnya. Tapi dalam tahun ini la. Ada pasangan suami dan isteri duduk di kerusi depan teman. Taktau la apa masalah pasangan tersebut. Tapi si isteri seakan-akan merajuk camtu la..dalam tramco yang penuh dengan penumpang tu si suami ni secara gentleman nya memeluk isterinya, memujuk si isteri.

Situasi tu benar-benar berlaku di depan teman. Si suami membisikkan sesuatu di telinga isteri. Taktau la apa yang dia bisikkan. Takkan teman nak pi dekatkan telinga nak dengar pulak kan. Confirm kene cepuk plak teman kalau buat camtu. Tapi pada jangkaan teman, ungkapan yang keluar dari mulut si suami adalah ungkapan maaf dan ucapan sayang. Ini agakan teman la kan. Sebabnya lepas si suami membisikkan kata-kata tuh, si isteri tersenyum dan mengusap pipi si suami. Tersenyum teman melihat kejadian tersebut.

Itulah rencah kehidupan suami dan isteri. Kita tidak tahu bila masa kita akan berselisih pandangan dengan pasangan kita. Atau dengan kata lain, kita tidak tahu bila pasangan kita akan melakukan kesalahan.

Apa yang penting dari kisah yang teman bawakkan itu adalah sifat pemaaf si isteri dan sifat mengaku kesalahan si suami. Dalam kehidupan berkeluarga ni, memang terlalu banyak kita perlu bertoleransi dengan pasangan kita.

Teman teringat kata-kata Ust Ismail Kamus. Dia kata bukan susah sangat nak melayan isteri ni. Itu kata dia la kan. Teman takder isteri lagi. So teman ambik kisah orang-orang lama dulu la kan.

Seorang suami yang pandai mengambik hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Tak percaya ?? cubalah dahulu dan perhatikanlah hasilnya nanti.

Pastinya kehidupan pasangan tersebut akan ceria dan damai walaupun hidup mereka dalam serba kekurangan. Nanti ada pulak kata, tanpa harta pun hidup akan pecah belah tau. Ya, teman menyokong pandangan tersebut, tetapi bukan untuk semua orang. Bagi mereka yang mementingkan kemewahan memang pasti kehidupan yang serba kekurangan akan memecah belahkan kehidupan mereka. Disinilah kita nak lihat bagaimana pengorbanan seorang isteri sama ada sanggup untuk bersusah payah bersama suaminya ataupun tidak.

Harta dan rezeki boleh dicari. Tapi itu bukanlah matlamat dalam hidup berkeluarga. Harta yang banyak belum tentu mendatangkan kebahgiaan pada seisi keluarga. Sekiranya pasangan kita seorang wanita yang penuh dengan kasih sayang, soal pangkat, harta dan wang bukanlah jadi masalah kerana pada dirinya adalah keutamaan untuk menceriakan keluarga lebih penting.

Faktor yang penting dalam kita nak menyemarakkan lagi rasa sayang antara suami dan isteri adalah factor cinta. Semua orang, tidak terlepas seorang pun pasti akan lalui detik ini. Detik dimana rasa cinta makin menurun. Bila kita dah kenal pasangan kita, macam-macam lah perangai yang keluar masa tu. Masa tu, kalau kita tak semai rasa cinta antara pasangan kita, ramailah yang akan tewas.

Oleh kerana itu, rasa cinta di antara pasangan perlu di semai dari hari ke hari. Ibarat pokok yang ditanam, kita perlu bajai dan sirami pokok tersebut agar ia tumbuh dengan segar dan rendang. Begitu jugak lah dengan kehidupan suami dan isteri, rasa kasih dan cinta itu perlu disemai dan dibaja dari hari ke hari.

Macam mana nak bajai rasa cinta tuh ?? haa yang tu nanti kita akan cuba perbincangkan di lain posting.

Posting kali ini teman cuma nak kita sama-sama paham bahawasanya sampai satu masa nanti, perasaan kita antara pasangan pasti akan ada turun naiknya. So dalam kita nak mewujudkan keluargaku syurgaku, kita perlu peka lebih awal tentang permasalahan ini. Ini adalah kerana untuk kita mempersiapkan diri kita dalam menghadapi situasi tersebut.

Baca Lagi..

Monday, March 23, 2009

Solat Malam...

Teringat akan pesanan mak, selalu lah bangun solat malam. Yer solat malam. Bukan senang nak mengistiqamahkan diri dalam melakukan amalan solat malam ni. Mana taknya, kita terpaksa meninggalkan bantal dan tilam kita yang empuk untuk tunduk sujud di atas lantai yang keras. Ditambah pulak dengan cuaca kesejukan pagi yang teramat sangat. Aduii beratnya nak bangun..

Tapi kita kene kuatkan semangat untuk terus kita mengamalkan amalan solat malam ini. Sebab apa yerk ?? sebabnya apa yang Rasulullah lakukan dalam membentuk diri dan sahabat baginda pada tahap-tahap awal ialah sembahyang malam.

Solat malam ini juga adalah amalan orang-orang terdahulu yang telah mendapat kurnia dan rahmat dari Allah. Sekiranya kita mahu mengislamkan diri kita dan hati budi kita, marilah kita ikut salah satu cara yang telah dipraktikkan sejak zaman berzaman ini iaitu sembahyang malam.

Kita pada hari ini susah sangat nak bangkit malam nih. Jauh sangat bezanya jatidiri orang zaman sekarang dengan orang-orang terdahulu yang telah pergi meninggalkan kita.

Hari ini orang boleh bersengkang mata sebab nak tengok bola. Takder pun terniat nak lakukan solat 2 rakaat dulu ke bila dah sedar tuh. Bangun-bangun terus tercongok depan tv menantikan siaran langsung perlawanan bola. Apalah salahnya ambik air sembahyang dan solat 2 rakaat dulu...pastu tengok la bola kalau nak tengok. Tapi biasa la kan. Sudah namanya manusia, kalau benda yang kita tak nampak jelas ganjaran nya dengan mata kepada kita ni, memang susah untuk kita lakukan perkara tersebut.

Kalau ler Allah bukakan seminit hijab mata kita dapat melihat bagaimanakah nikmat ganjaran di atas amalan yang kita lakukan, teman yakin dan pasti seorang pun tidak akan melakukan perkara mungkar.

Kerana itulah Allah menyembunyikan bentuk ganjaran itu kepada kita. Sesuatu yang berharga bukan mudah untuk kita perolehi. Hanya insan-insan yang terpilih yang akan mendapat ganjaran tersebut.

Ya Allah, golongkanlah aku di kalangan mereka yang mendapat rahmat dan ganjaran dariMu...Amin...

Berbalik kita pada perbincangan solat malam tadi.

Allah telah menyanjung tinggi mereka-mereka yang melakukan amalan malam ini. Allah telah berfirman di dalam surah Az-Zariyat ayat 15-18 yang bermaksud :

15. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, Dengan matair-matair terpancar padanya.
16. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat Yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang Yang berbuat kebaikan.
17. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
18. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Mengapa yer waktu malam ni amat sesuai untuk kita beribadat. Semua orang tahu bahawa waktu malam ini adalah lebih tenang jika nak dibandingkan dengan waktu siang. Cuaca yang lebih sejuk membuatkan diri kita lebih selesa dan tenang. Bilamana diri kita tenang barulah kita dapat mengadap Yang Maha Berkuasa dengan penuh khusyu’.

Bukan senang kita nak mendapat title kekasih Allah ni kan. Tapi Maha Suci Allah, Allah memang benar-benar sayang dan kasih pada hambaNya. Diberikan kelebihan kepada mereka yang melakukan amalan malam ini dengan mendapat title kekasihNya. Ya Allah..pemurahnya diriMu ya Allah.

Abu Dardar’ meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:

“Tiga orang, Allah kasihkan kepada mereka, Allah gemar/gembira dan beristibsyar dengan mereka. Orang yang pasukannya hampir kalah tetapi terus berperang (menggadaikan) nyawanya demi Allah SWT. Tekadnya ialah samada ia terkorban (syahid) atau dimenangkan oleh Allah dan diselamatkan oleh-Nya. Sehingga Allah berkata: “Lihatlah kalian kepada hamba Ku ini, demikian sabarnya dia demi Aku.”

Orang yang punya isteri yang rupawan, tilam yang empuk nyaman namun ia bangun sembahyang malam. Allah sampai berkata Demikian sekali ia sanggup meninggalkan nafsu syahwatnya dan mengingati Aku, padahal jika ia mahu ia boleh terus tidur.

Dan orang yang dalam perjalanan bersama teman-teman. Mereka berjaga (kerana perjalanan), kemudian mereka tidur, namun ia bangun bersembahyang di larut malam dengan payah atau mudah.-[Riwayat Tabarani]

Oleh itu marilah sahabt-sahabat sekalian, kita tanamkan dalam diri kita untuk kita mengamalkan amalan sembahyang malam ini. Bagi yang belum pernah bangun pada waktu malam untuk tunduk sujud kepadaNya, inilah masanya untuk kita buat perubahan pada diri kita. Bagi mereka yang sudah biasa melakukan sembahyang malam ini, pertingkatkan lah amalan kalian dan pastikan lah istiqamah dengan amalan tersebut.

Bagi yang baru nak belajar-belajar bangun malam tuh, tak perlulah terus kalian bersengkang mata sepanjang malam untuk beribadat. Bukan tak boleh nak bermunajat sepanjang malam. Takut nanti jadi hangat-hangat tahi ayam.

Buatlah mengikut kadar kemampuan kita. Biar pun sedikit asalkan istiqamah melakukannya. Yang penting kita lakukan walaupun sedikit.

Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah SAW menyuruh dan menggalakkan umatnya sembahyang malam, hinggakan beliau pernah bersabda:

“Hendaklah kamu (melazimkan sembahyang malam walaupun (sekadar) satu rakaat.”
[Riwayat Tabarani]

“Anas berkata: Pada suatu masa Rasulullah masuk masjid dan melihat seutas tali teruntai antara dua tiang. “Apa ini? Tanya Rasulullah SAW. Sahabat menjawab: Itu kepunyaan Zainab wahai Rasulullah. Untuk menolongnya kuat bangun sembahyang bila tidak bertenaga lagi”. Tanggalkan! Perintah Rasulullah SAW. “ Sesiapa yang sembahyang buatlah setakat mampunya. Kalau ia telah lemah atau letih hendaklah ia baring”.
[Riwayat Nasaii]

Teman mengingatkan diri teman khususnya dalam kita nak memantapkan jatidiri kita sebagai muslim mukmin yang berjaya. Marilah kita sama-sama istiqamah ataupun berterusan dalam melakukan amalam sembahyang malam ini.

Sekiranya kita sudah berkahwin, maka kejutkanlah pasangan kita untuk bersama kita bersembahyang memohon perlindungan dari Allah. Bagi yang belum berkahwin tu, pandai-pandai lah kunci jam sendiri yerk..

Insya Allah, semoga kita semua akan mendapat rahmat dari Allah.

Baca Lagi..

Berakhir sebuah penantian...

Alhamdulillah..setelah hampir seminggu teman menghadapi masalah internet..akhirnya hari ini berakhir jugak penantian teman..memang benar kata orang dulu-dulu..penantian itu satu penyeksaan..

Rindu betui kat blog teman nih..hampir seminggu jugaklah rasa macam terputus info dengan dunia luar..memang penting betui internet pada zaman skarang nih..tambahan pulak dok di rantau orang nih..internet sebagai punca maklumat dan sebagai satu wasilah untuk berhubung...

Teringat posting teman yang lepas-lepas..ada teman tuliskan bahawa nikmat di dunia ini kalau Allah nak tarik sekelip mata sahaja..contoh macam teman ler..Alhamdulillah berkat sabar menanti..akhirnya dapat semula merasai nikmat internet nih..

Pengajaran yang leh kita ambik adalah SABAR...memang sesuai dengan ejaan nama Mesir itu sendiri..'mim''sod''ra'...'mim' mewakili mehnah..'sod' mewakili sabar...'ra' mewakili redha..hidup di bumi Mesir ni memang terlalu banyak mehnah nya..lantara itu setiap individu yang memijak bumi anbiya' ini perlu ada rasa sabar..dan kene sentiasa redha dengan apa yang berlaku ini..

Masa dok sini rasa nak jer balik ke tanahair..tapi bila dah dok kat Malaysia rasa rindu pulak ngan suasana sini..

Baca Lagi..

Tuesday, March 17, 2009

Happy Besday My Mum..


Ucapan syukur yang tidak terhingga teman panjatkan pada Allah kerana telah mengurniakan seorang ibu yang pengasih dan penyayang terhadap semua anak-anaknya…

Rohizan bt Abdul Yazid..nama kekasih hati teman yang paling teman sayang..insan yang sentiasa berada dalam doa teman..17 Mac 2009 genaplah umur emak 51 tahun..

Dari jauh ini, hanya doa dan ucapan dapat teman berikan untuk emak. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-51 emak..semoga emak dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik..

Jasa dan pengorbanan yang telah emak lakukan dalam mendidik kami adik beradik tidak terbalas oleh kami walau dengan apa cara sekalipun..insya Allah..walau apa sekalipun, jasamu akan kubalas..

Buat emak..walaupun rasanya tak sempat emak nak membaca blog anak emak nih..teman tetap nak dedikasikan sebuah sajak untuk emak…tak pernah lagi teman buat sajak..taktau la boleh tak dikategorikan sebagai sajak ni yerk..bedal laahhh…


Emak..

Dikala aku terleka dan nakal,

Cubitanmu pasti hinggap padaku,

Masih dapat kuterasa,

Betapa sakitnya cubitanmu itu,

Tetapi kesakitan itu,

Tidaklah dapat menandingi kesakitanmu sewaktu melahirkanku.


Emak..

Kadangkala leteranmu menusuk ke kalbu,

Terkadang kami terhibur dengan leteran itu,

Marahmu, nasihatmu, peringatanmu,

Semuanya adalah kerana sayangnya dirimu pada kami.


Emak..

Kasih sayang yang daku curahkan ini,

Ku tahu ia tidak setanding dengan apa yang telah ku perolehi,

Namun, terimalah keikhlasanku ini,

Untuk terus menyayangimu.


Emak..

Dikala aku kesedihan,

Engkaulah insan pertama ku hubungi,

Dikala aku kegembiraan,

Engkau turut meraikannya,

Dikala aku ditimpa kesakitan,

Engkaulah orang yang paling kerisauan,

Dikala aku memerlukan pendapat,

Engkaulah insan paling hampir denganku,


Emak..

Siapalah aku sekiranya tanpa dirimu,

Terima kasihku padamu,

Kerana melahirkan aku ke dunia ini.


Emak..

Sempena ulangtahun kelahiranmu ini,

Doa kupanjatkan padaMu ya Allah,

Peliharalah ibuku yang kukasihi ini,

Agar sentiasa di bawah lindungan rahmatMu.


Nukilan : ibnuwalidaini (anak emak)

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-51 emak..

Baca Lagi..

Sunday, March 15, 2009

Rumahtangga pasti ada cabaran

Sambil baring-baring tadi, teman teringatkan satu kisah seorang kakak yang berkahwin dengan seorang foreigner pada tahun 2006…kisah di mana setelah beberapa tahun berkahwin, si suami menjalin hubungan cinta dengan rakan sekerja. Dalam keadaan diri yang sedang mengandungkan anak sulung mereka, si suami pulak membuat perangai. Kesian kat kakak tuh..

Sekiranya kita yang belum berkahwin ni melihat persepsi perkahwinan melalui kisah kakak tersebut, sudah pastinya kita semua tambahan yang bergelar wanita tidak mahu menempuh alam rumahtangga.

Dalam kita nak menyelusuri kehidupan berumah tangga ini, perlulah kita sedar bahawasanya perkahwinan kita dengan insan yang kita kasihi itu adalah sesuatu ketetapan dari Allah.

Tanpa restu dan izin dari Allah, usaha la sekuat mana sekalipun. Selelah mana bertungkus lumus pun pasti tidak akan berjaya. Maka, sekiranya kita sudah pasti dan percaya bahawa perkahwinan kita itu adalah dengan restu Allah, kita juga kene percaya dan yakin bahawa usia perkahwinan kita jugak terletak ditanganNya. Allah berhak mengambil semula kebahgiaan yang kita kecapi bila-bila masa sahaja.

Rasanya semua pernah dengar kan. Apa yang kita sukai itu belum tentu baik pada perancangan Allah, dan sesuatu yang kita tak suka tu, belum tentu tidak baik pada perancangan Allah. Cuma kita sebagai hamba Allah yang percaya kepada qada’ dan qadar dariNya, kita perlu berusaha serta berdoa dalam memelihara hubungan dan kehidupan rumah tangga kita. Semoga hubungan dan ikatan yang diikat itu berkekalan sehinggalah ke syurga Allah nanti..amin..

Firman Allah dalam surah Al-An’am yang bermaksud :

“ Dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu”. Al-An’am-17

Dalam kehidupan berkeluarga ini, kita tidak dapat lari sebenarnya dari dugaan dan ujian. Perselisihan antara pasangan sudah menjadi lumrah dalam hidup pasangan yang bergelar suami dan isteri. Kita selalu jer dengar perumpamaan sedangkan lidah lagi tergigit kan. Begitulah jugak dengan hubungan suami dan isteri.

Suami atau isteri kene sedar bahawa pasangan nya itu bukan lah seorang yang benar-benar sempurna. Bilamana disebut dia adalah seorang manusia, tidak dapat tidak dia pun tidak akan lari dari melakukan kesalahan.

Demikian jugak diri kita. Adakala nya kita jugak melakukan kesalahan, malahan mungkin lebih besar dari kesalahan yang telah dilakukan oleh pasangan kita. Oleh itu, janganlah terlalu diperhitungkan kesalahan yang dilakukan oleh pasangan kita tersebut. Dalam kita nak menjaga kerukunan hidup berumah tangga, amalkanlah sikap bertolak ansur dan saling memaafkan antara pasangan.

Dalam Quran Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami dan isteri ibarat pakaian antara satu sama lain. Dapat tak kita gambarkan betapa pentingnya pakaian untuk kita. Tepuk dahi pikirlah sendiri..

Teman pun bukan lah pandai sangat bab hidup suami isteri nih. Teman pun tak jejak kaki ke alam perkahwinan lagi. Cuma kita kene sentiasa ambik cakna soal hidup berkeluarga ini kerana suatu hari nanti, kita pun akan sampai ke masa tersebut.

Jadi sebagai peringatan kepada yang telah berkahwin dan panduan kepada yang belum berkahwin. Janganlah gentar dengan cabaran dan ujian di alam perkahwinan kerana rumah tangga yang diuji akan menjadi lebih matang dan kukuh sekiranya pasangan suami dan isteri tersebut bijak mengendalikan nya.

Sentiasalah berdoa kepada Allah agar Allah mempermudahkan segala urusan kita dalam kita nak melayari bahtera rumahtangga kita. Amin..

Baca Lagi..

Friday, March 13, 2009

Juara Debat Ala Parlimen MINDA 09

Tuan yang dipertua dewan..bidasan saya yang pertama..
Maka dimanakah rasionalnya PPSMI menjatuhkan maruah bahasa..
Izin laluan yang dipertua...
Takpa..taknak bagi laluan yerk..teman catit..lepas ni teman bidas..
Apa aku nak cakap nanti yerk

Alhamdulillah...pasukan teman memenangi pertandingan debat ala parlimen utk Minggu Interaksi Damanhur 09 ini (MINDA 09).. Teman tak pi pun masa pengumuman keputusan tersebut..orang la bagi tau kat teman..

Tajuk debat final petang tadi adalah "PPSMI meningkatkan kualiti pendidikan negara". Tajuk yang ditukar daripada tajuk perdebatan asal.

Walaupun teman sendiri tidak bersetuju dengan PPSMI ini..tetapi macam maner la boleh menang tadi yerk..hehehe..terpaksa la berlakon menjadi pihak kerajaan tadi..

Mak teman kata..amboi..orang kat Malaysia semua tak sokong, tetiber dia sokong pulak..hehehe..aper nak buat pengundian dibuat meletakkan kami di pihak kerajaan.

Apa-apa pun alhamdulillah MINDA 09 melabuhkan tirainya malam tadi. tapi teman tak berkesempatan nak pergi majlis penutup..sebab terlena..maybe letih sangat kot..hehe..

p/s : maaf sebab kualiti gambor kurang memberangsangkan..maybe kawan ambik dalam keadaan kelam kabut kot..takpun kamera cerooiiii....

Baca Lagi..

Thursday, March 12, 2009

Buatmu wahai lelaki

Ermm arini takder aper teman nak tuliskan kat blog nih..cuma teman nak berkongsi sesuatu dengan kalian semua..mungkin apa yang ingin teman kongsikan ini dapat dipraktikkan oleh mereka yang sudah berkahwin dan dijadikan panduan untuk mereka yang bakal menjejaki alam perkahwinan...layannn..zaaassss


Kata pujangga
perempuan bagaikan angin

lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
merekalah insan yang terhampir
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )
Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

Sekian.

Baca Lagi..

Wednesday, March 11, 2009

Jom Berprogram meh

Berdebat sambil bersila jer...meja takder..hehe

Sekarang ni di Damanhur sedang berlangsung hari keluarga untuk pelajar-pelajar Malaysia. Tahun ni teman tak banyak dah nak bergiat dalam majlis-majlis anjuran persatuan ni..taktau la knapa..tapi untuk Damanhur ni dari awal teman datang memang jarang teman join program..teman banyak bergiat dalam program persatuan anak negeri jer...

Tapi tahun ini, insya Allah tahun terakhir teman kat sini, teman nak tinggalkan jugak kenangan untuk diri teman di bumi Damanhur ni..So bila dimintak untuk menyertai pasukan debat utk team teman..teman rasa, ada baiknya teman bersama mereka. Sebab tu lah tahun ni, ada muka teman dalam program hari keluarga di Damanhur nih..

Orang pun tak kenal teman..hehehe..lawak-lawak..ada yang ingatkan teman ni pelajar baru kat Damanhur..

Alhamdulillah..dalam sesi saringan petang semalam, pasukan kami berjaya menewaskan pasukan lawan..biasalah kan..adat pertandingan..ada menang ada kalah..pasukan kami pun belum tentu lepas ni leh menang lagi..

Dalam pertandingan debat ala parlimen petang tadi, sesi perdebatan kami di atas tajuk "Pembatalan Muadalah Pelajar Malaysia Ke Mesir Suatu Keputusan Bijak"

So intipatinya utama yang teman dapat untuk kongsikan bersama kalian disini ialah peranan pihak kerajaan terhadap pendidikan agama.

Pelajar agama sentiasa dianaktirikan oleh pihak kerajaan. Sudah lah segala bentuk bantuan disekat kepada pelajar agama, mereka batalkan pulak suatu sistem yang membolehkan pelajar lepasan diploma di Malaysia untuk mengikuti pengajian di bumi Al-Azhar ini.

Apalah salahnya orang yang nak datang mempelajari ilmu agama di sini sehingga pihak kerajaan nak membatalkan perjanjian yang telah dibuat..teman rasa jawapan nya adalah satu..bilamana individu-individu yang mempunyai pengetahuan agama, sudah pasti mereka akan menentang kerajaan yang zalim sekarang ini. Maka disebabkan takut akan penolakan orang terhadap kerajaan, maka dicantas bidang-bidang ilmu yang mampu menyedarkan rakyat akan kezaliman kerajaan sekarang ini.

Tidak lah teman katakan hanya di sini ilmu agama dapat diperolehi..masih banyak lagi tempat yang kita boleh pergi..tapi persoalan nya, mengapa hanya muadalah di Mesir sahaja yang menerima nasib sedemikian rupa?

Bukan sahaja pelajar agama yang menerima nasib seperti ini. Kita lihat pula pada bidang pekerjaan. Ambik contoh j-Qaf. Kita bandingkan pulak dengan PPSMI. Teman bawakkan contoh ini nak tunjukkan pada kalian bahawa adanya double standart dari pihak kerajaan kepada pekerjaan bidang agama nih. Sepatutnya sistem pendidikan agama ini yang perlu diberatkan lagi kerana disitu kita nak didik orang untuk lebih sayang kepada agamanya.

Bukan teman kata pembelajaran yang lain tak penting. Biar lah perhatian yang pihak kerajaan berikan pada guru-guru PPSMI turut sama dirasai oleh guru-guru j-Qaf. Kerana agama lebih penting untuk hidup seorang pelajar. Dari asas agama yang mantap lah dia akan meneruskan perjalanan dengan lebih yakin.

Ermm dah melalut jauh pulak yerk dari tajuk perdebatan teman tuh..hehehe..apa2 pun semua itu berkaitan. Ermm pasni kene bersiap untuk pertandingan final pulak.

Tajuk kali ini memang mencabar "ISA menjamin keselematan negara". Pasukan teman kena jadi pihak kerajaan pulak nanti. Kita sama-sama tunggu pulak keputusan pertandingan akhir debat ala parlimen insya Allah pada hari Khamis ini....

Baca Lagi..

Bahaya Lidah

Terasa nak bercakap soal lidah pulak hari nih..entah la knapa..maybe sebab teman ada wat silap kot..maner tak nya..pagi-pagi hari lagi teman dah wat salah hari nih..

Lidah..satu kurniaan Allah yang wajib kita jaga sebaik-baik yang mungkin..kesan dari lidah membawa ke dalam hati tau..yang terhiris nun di dalam..sebab tu lidah ni lebih tajam lagi dari mata pedang..

Kalau kulit terkena pisau ker aper ker..luka tersebut kita nampak dan kita leh rawatinya..parutnya pun kita nampak..tapi kalau di dalam hati..lukanya pun kita tak nampak..kesan dan parut dari apa yg berlaku tu pun kita tak nampak..

Oleh itu teman nak memperingatkan diri teman khususnya..dalam kita nak menjaga keharmonian antara kita dan orang lain..aspek percakapan dari lidah kita ni amat perlu dititik beratkan..

Kawal percakapan dan gurauan kita...mungkin pada kita ia suatu gurauan..tapi tidak pada insan yang kita bercakap saat itu..sebab tu jangan pikir orang leh paham ngan gurauan kita jer..kita terlebih dahulu sebelum nak bergurau tu kene paham dan tahu kondisi insan yang kita nak bergurau tuh...

So sama-samalah kita beringat..tak kira lah masa kita bercakap atau pun semasa kita berchatting..kita kene waspada sebelum kita mengeluarkan kata-kata..

Disini..secara terbuka..teman nak memohon ampun dan maaf untuk insan-insan yang pernah terluka dek kerana gurauan teman..harap dapat memaafkan teman..sekiranya luka itu terlampau parah dan sukar untuk di maafkan..hubungi lah teman sama ada di emel ataupun ym..

Akhirnya...jagalah kata-kata kita untuk kita jaga kerukunan hidup kita sesama insan..zaaasssss

Baca Lagi..

Tuesday, March 10, 2009

Cerdik akademik tetapi....

“ Abang..kita hantar anak kita belajar engineering kat Jepun nak ? “ kata mak Temah pada suaminya semasa menikmati makan tengah hari di sebuah restoren.

Anaknya yang kini sedang bekerja sambilan di kedai serbaneka 7-Eleven sementara menunggu pengumuman keputusan peperiksaan SPM yang diambilnya sebulan yang lalu.

“ Ermm..abang pun bercadang macam tu jugak la Mah “ jawab pak Seman ringkas sambil jari bersedia untuk meneruskan suapan ke mulut.

“ Malam karang kita bincang dengan budak Amir tu yer bang “ mulut yang dipenuhi makanan tetap juga dipaksa utk bercakap.

“ Malam ni tak boleh lah..abang ada temujanji dengan Datuk Ismail nak bincang pasal projek pembaikan sekolah tuh “

“ Abang ni..sesekali bagi la masa untuk anak dan keluarga sama “

“ Mah oii..abang kerja cari duit untuk bagi kat korang semua jugak, mah yang dok kat rumah tu tengok-tengok la anak kita tuh “

“ Asyik-asyik Mah jer bang...” rungut mak Temah.

Itulah dia kehidupan Pak Seman..hidupnya banyak dihabiskan di luar mengikut jejak orang-orang kuat agar senang untuk memperolehi projek.

Pak Seman hanya pulang ke rumah untuk berehat sahaja..itupun sudah lewat malam baru dia pulang ke rumah.

Anak mereka dibiarkan berdikari katanya. Pandai-pandai lah si anak untuk mencari kehidupan mereka. Pak Seman dan isteri hanya akan menyediakan wang perbelanjaan si anak. Selebihnya terpulang kepada si anak untuk hidup. Yang penting bagi mereka anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.

Kisah yang teman bawakkan ni banyak terjadi dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Dalam mereka mengejar kesenangan di dunia, mereka mengabaikan tanggungjawab asas mereka terhadap anak-anak.

Bagi mereka, kejayaan dalam pengajian adalah kejayaan yang sebenar-benarnya. Dibebankan anak-anak mereka ini dengan pelbagai tuisyen bagi meningkatkan tahap kecemerlangan mereka dalam bidang akademik.

Penekanan yang terlampau terhadap bidang akademik dan dalam masa yang sama mengabaikan soal pendidikan agama terhadap anak-anak hanya akan melahirkan anak-anak yang cerdik akademik tetapi buta agama.

Muncul lah nanti mereka yang bijak dalam bidang akademi tetapi tidak pandai membaca Al-Quran.. Akan ada nanti mereka yang cerdik di bidang akademik tetapi tidak pandai bersolat.. Sudah terlalu banyak di depan mata kita sekarang ini mereka yang cerdik pandai tetapi tidak menutup aurat. Lebih teruk dari itu, akan muncul cendiakawan di bidang akademik yang mempunyai otak yang mantap tetapi mempersendakan hukum Allah. Nauzubillah min zalik..

Realiti yang berlaku depan mata kita sekarang ini amat berbeza dengan pengalaman orang-orang dahulu. Orang-orang tua kita dahulu akan rasa malu sekiranya antara 5 orang anaknya, ada seorang yang tidak pandai membaca Al-Quran. Menjadi satu keaiban kepada mereka.

Tapi sekarang ini terbalik, mak bapak akan rasa malu sekiranya terselit seorang anak yang bertudung labuh serta berjubah di kalangan anak-anak yang tidak bertudung dan berseluar pendek.

Soal pendidikan agama bukan lagi soal yang penting bagi masyarakat kita pada hari ini. Bagi mereka, tidak berjaya dalam bidang akademik amat memalukan. Kita pun selalu dihidangkan di televisyen bagaimana kehidupan yang patut dijadikan tauladan.

Guru kita bukan lagi di masjid. Yang dijadikan panduan adalah apa yang ditayangkan di tv. Habis hancur minda dan pegangan umat Islam atas serangan dan racun yang dihantar oleh Yahudi ini.

Sememangnya kita patut malu, sekiranya anak-anak dan ahli keluarga kita tidak dapat mempraktikkan cara hidup Islam dalam kehidupan mereka. Sesudah kita dijemput Allah nanti, anak-anak inilah yang akan mendoakan kita.

Bayangkan sekiranya mereka tidak dibekalkan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Di saat kita bertempur dengan kematian, mereka tidak dapat memperdengarkan bacaan Yasin untuk kita. Anak lelaki sulung kita tidak dapat mengimamkan jenazah kita sebelum kita dikebumikan. Dimasa kita sudah berada di dalam gulungan kain kapan tersebut, tiada gunanya lagi penyesalan di saat itu.

Oleh itu, semuanya perlu kita mulakan dari sekarang. Sedarlah wahai umat Muhammad. Kehidupan kita di dunia ini cuma sekadar persinggahan sementara sahaja. Kita semua akan meneruskan perjalanan yang masih panjang.

Kita ibaratkan kita seorang musafir yang sedang berjalan menuju ke suatu destinasi. Dalam perjalanan tersebut, kita berhenti di bawah pohonan yang rendang bagi menambahkan bekalan tenaga untuk kita meneruskan perjalanan kita. Sekiranya kita terleka dengan keasyikan tempat persinggahan kita itu, perjalanan yang perlu kita tempuhi akan melalui jalan yang sukar. Apabila hari menjangkau malam, perjalanan kita makin susah. Bimbang-bimbang kita akan tersesat dek kerana tiada persiapan secukupnya dari kita.

Begitu jugak lah kehidupan kita di dunia ini. Barangsiapa yang terleka dengan tipu daya dunia yang menjadi tempat persinggahan kita ini, sampai satu masa nanti, kita pasti akan rasa terdesak setelah kita sedar akan perjalanan kita yang perlu dilalui masih jauh. Umur yang sudah menghampiri usia senja membuatkan kita akan mencari jalan mudah untuk melakukan ibadat tetapi ditawarkan ganjaran yang banyak. Sebab itulah ramai yang tersesat. Kerana itu kita bimbang sekiranya pencarian kita dalam masa yang terdesak itu membuatkan kita tersilap memilih jalan.

Marilah sahabat-sahabatku sekalian, kita muhasabah semula diri kita. Bagi yang telah berkeluarga, pimpinlah serta didiklah anak-anak kalian. Berikan lah didikan agama yang secukupnya untuk mereka bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan di dunia ini dengan bekalan yang cukup.

Bagi mereka yang belum lagi berkeluarga, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu agama yang secukupnya. Suatu masa nanti, kalian jugak akan dipertanggungjawabkan ke atas jagaan kalian. Sementara waktu sampai untuk kalian berkeluarga, sentiasalah doakan untuk ayah dan ibu kita serta seluruh ahli keluarga kita. Teruskan doa tersebut apabila kalian sudah berkeluarga nanti.

Didiklah anak kita agar bijak dalam akademik serta celik dalam agama. Sama-sama kita doakan agar kita akan diberikan cahaya mata yang cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat. Semoga diri kita dan anak-anak kita akan jadi insan yang terbilang di dunia dan akhirat . Insya Allah Islam dulu, kini dan selamanya..Amin…


Baca Lagi..

Monday, March 9, 2009

Selamat Menyambut Malidur Rasul 1430 Hijrah.



Sempena dengan sambutan perayaan maulidur Rasul pada hari ini..teman ingin mengajak kalian semua untuk memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw..semoga di hari perhitungan nanti kita semua dapat digolongkan dari kalangan mereka yang mendapat syafaat baginda..amin..

Baca Lagi..

Buatmu yang bergelar Muslimah


Tadi ada sorang kawan cakap..8 Mac ni adalah hari wanita sedunia..teman pun taktau sebenarnya..

So untuk posting kali ini, teman tujukan khas buat insan yang bergelar wanita..

Jadilah kalian wanita muslimah mukminah..hiasilah peribadi kalian agar kalian akan senantiasa dipandang mulia...

Pesanan teman untuk kalian yang bernama wanita...

Semoga hijab menjadi pakaianmu,
Semoga kesucian menjadi amalanmu,
Semoga kesopanan menjadi perhiasanmu,
Semoga syurga menjadi tempat tinggal abadimu.

~Selamat Hari Wanita~

Baca Lagi..

Saturday, March 7, 2009

Tak dapat tidur malam

Taktau la aper sebab takleh nak tdoq malam skarang nih..kalau dah malam tak tdoq, wktu siang nanti atas katil la jawab nya..aii kene ubah balik sistem ketiduran kamek nih..

Ni pun takleh tdoq sebenarnya..dah membaringkan diri dekat sejam..tapi tak jugak lelap mata nih..last-last bukak balik laptop nih..bukak bukan nya buat apa pun..dok dengar lagu jer sambil selak-selak kitab kuliah sket..

Sapa ada tips2 nak senang tidoq malam yerk..leh la bagi kat teman dalam ruangan comments tuh..

Baca Lagi..

Salam Maulidur Rasul

Tanggal 12 Rabiulawal sudah kian hampir kepada kita..hari ini dah 10 Rabiulawal dah..maknanya lagi 2 hari lagi kita semua akan menyambut maulid nabi junjungan besar kita nabi Muhammad saw..

Rasanya kalau takder ler sambutan Maulidur Rasul ni..mesti semua orang dah tak ingat yang pada tanggal 12 Rabiulawal ni lahirnya seorang putera agung ke muka bumi. Kelahiran yang memancarkan sinar keimanan kepada setiap makhluk yang bernama manusia...dan menyebarkan rahmat serta keberkatan untuk semua makhluk kejadian Allah.

Mai pulak satu puak kata..weii ni benda bidaah nih..apehal lak nak sambut maulid nabi nih..kerja bidaah semua nih..kalau dah bidaah neraka la tempatnya..ermm itulah pandangan dan ucapan puak yang membidaahkan serta mengkafirkan orang nih...

Boleh ker tidak yer kita nak menyambut perayaan maulidur Rasul nih..dalam permasalah ini ramai ulama berpendapat bahawa sambutan maulidur Rasul ini diperbolehkan. Antara yang menyokong maulidur Rasul adalah Imam Jalaluddin Sayuti.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti : "Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah yang diberi pahala mengerjakan nya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad saw yang mulia ".

Selain itu, ulama terkenal masa kini iaitu Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi pandangan mengenai maulid ini.

Beliau berkata : " Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Saad Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama sepertimana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan maulidur Rasul kini.

Walau bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesan nya. Dengan itu, perayaan maulidur Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup.

Maka dibolehkan meraikan maulidur Rasul ini dengan syarat tidak dicampur adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam ". Demikian lah pandangan yang diutarakan oleh Syeikh Yusuf Qardawi.

Nabi Muhammad saw dilahirkan pada tahun gajah, iaitu tahun dimana Abrahah al-Asyram berusaha menyerang Makkah dan menghancurkan Ka’bah dengan pasukan bergajahnya. Lalu Allah menggagalkannya dengan mu’jizat sebagaimana diceritakan dalam Surat Al-Fiil. Menurut pendapat yang paling kuat,Nabi Muhammad saw dilahirkan pada tahun gajah, iaitu tahun dimana Abrahah al-Asyram berusaha menyerang Makkah dan menghancurkan Ka’bah dengan pasukan bergajahnya. Lalu Allah menggagalkannya dengan mu’jizat sebagaimana diceritakan dalam Surat Al-Fiil. Menurut pendapat yang paling kuat, baginda lahir pada hari Isnin malam, 12 Rabi’ulawal bersamaan 20 April 571 masihi. baginda lahir pada hari Isnin malam, 12 Rabi’ulawal bersamaan 20 April 571 masihi.


Bayangkanlah sekiranya kita tidak mengadakan perayaan menyambut maulidur Rasul ini. Dalam keadaan sekarang ini pun ramai dari anak-anak muda kita tidak mengetahui tarikh kelahiran Rasulullah ini. Dalam ingatan mereka adalah lirik-lirik lagu ciptaan barat yang banyak memesongkan akidah dan merosakkan akhlak mereka. Di bibir mereka bukan lagi selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita ini, tetapi lagu-lagu artis yang menjadi pujaan mereka.

Marilah kita sama-sama muhasabah semula diri kita semua. Apakah hidup kita ini berlandaskan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Saban tahun sambutan kita raikan, kita berarak berkilometer, tetapi intipati dari sambutan tak menusuk masuk ke dalam diri kita.

Demi agama Islam, Rasulullah dan para sahabat mempertaruhkan nyawa mereka. Tetapi kita bagaimana. Jauh rasanya martabat kita jikan nak dibandingkan dengan pejuang-pejuang kebenaran pada zaman dahulu. Kita pada hari ini, baru digertak sedikit sahaja, sudah mengunci bibir untuk berkata-kata yang benar.

Maka marilah kita sama-sama meraikan sambutan maulidur Rasul ini dengan mengambil pengajaran dari kisah dan sejarah yang telah dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat untuk menegakkan agama Allah. Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, semoga dengan ucapan selawat dan salam ini dapat memudahkan kita menerima syafaat baginda pada hari perhitungan kelak.

Baca Lagi..

This Is My Family




Baca Lagi..

Koleksi Gambar Dari Kecik Sampai Besar

Di atas permintaan..dalam posting kali ini teman letakkan gambar teman dari teman kecik..sampai le dah besar gedabak sekarang ini..

Masa berumur 3 tahun
Mana pulak gigi miker yop ?
Yeyey..ayah nak beli kereta..hehehe
Zoo negara..maybe masa ni umur 8 tahun
Amboi senyum..sampai ke telinga..
Umur teman 11 tahun masa nih (1994)
Lepas keputusan UPSR (1995)
Carila mana satu teman (1998)
Makan angin pusing Malaysia (2000)
Matrik Pulau Pinang (2005)
Awal2 sampai ke Mesir (2005)
Saudagar unta (2006)
Anak Bapak (2007)
Ibunda tercinta (2007)
Jemput makan meh (2007)
Bersama pengasuh kami masa kecik (2008)
My New Face (2009)

Baca Lagi..

Friday, March 6, 2009

Restu Mak Ayah

" Ayah suruh yop tepon umah, bincang ngan ayah " mesej dari mak untuk teman.

Memang dalam nak membincangkan isu yang besar ini, ada baiknya biar kita bersembang direct. Kalau ngan huruf-huruf ni kadang-kadang tak sampai maksud kita.

Hehehehe...aper cerita tuh " ayah gelakkan teman lepas salam teman dijawab.

" Errmm tu la ayah..yop nak mintak restu mak ngan ayah nih..yop dah wat pilihan siapa yang akan jadi suri hidup yop " direct to the point jer teman nyatakan hasrat teman tuh..

Macam biasa la..apa-apa sekalipun, keputusan akan terletak pada teman sendiri. Ayah tak pernah watk keputusan untuk teman. Dia hanya bagi pandangan dia. Sebarang keputusan terpulang pada diri teman sendiri. Itulah didikan ayah dan emak pada teman.


" Kami pun dah tengok orang nya..bagi kami tak ada masalah..cuma sekarang ni diri yop sendiri macam mana ? " soalan ayah memerangkap diri teman pada masa itu.

Terfikir dalam hati, betui ke aper yang aku nak buat nih yerk..

Ayah sambung lagi " yop..nak kawin ni bukan boleh main-main dan cuba-cuba..hati kene betui-betui tekad untuk menempuhinya..apa nak jadi..jadilah..aku tetap ngan keputusan untuk bersamanya..haa camtu la kalau orang nak kawin ".

Memang benar kata ayah, soal kahwin ini bukan kecik-kecik punya hal. Soal masa depan yang nabi pun cakap kalau kahwin ni kita dah laksanakan separuh dari agama kita.

Dalam kita nak mendirikan rumahtangga ni, paling penting yang perlu kita titik beratkan adalah soal restu keluarga. Dari restu itulah keberkatan akan kita perolehi.

Alhamdulillah..teman tekad dan yakin dengan keputusan yang telah teman buat ini. Ya Allah..berkatikan lah dan rahmatikan lah keputusanku ini..amin..

Ehh tak lama dah ker teman nak kahwin nih ?? jawapan nya..ermm tungguuuu....

Baca Lagi..

Kisah Diriku

Setelah sekian lama teman menulis kat blog ini..biasanya teman akan bawakkan kisah orang lain sebagai contoh untuk kalian semua..belum pernah rasanya teman bawakkan contoh berkaitan diri teman sendiri..

Teman bukan taknak kongsikan apa yang teman lalui..tetapi rasanya pengalaman sahabat-sahabat yang lain lebih afdal untuk teman kongsikan bersama kalian.

Tapi hari ini teman terasa nak berkongsi perihal diri teman sendiri. Harapan teman agar dari kisah teman ini, kalian dapat mengambil secebis panduan untuk iktibar kepada kehidupan kalian. Pengalaman teman bukanlah yang terbaik pun. Cuma sekadar perkongsian kisah dengan kalian semua.

Alhamdulillah..teman rasa bersyukur sangat sebab Allah damparkan teman di bumi yang pernah dijijak para nabi ini. Tanggal 16 September 2005 pertama kali kaki teman menjejaki bumi penuh barakah ini. Rasa bersyukur tidak terhingga pada Allah kerana diberikan kesempatan untuk sampai ke bumi Mesir ini. Sehingga ke saat ini, sudah 3 tahun lebih teman belajar hidup berdikari di bumi yang cukup asing bagi teman ini.

Sesampai teman ke ardhil kinanah ini, teman ditempatkan di rumah negeri yang berada di Hayyu Sabieq..dugaan dan cabaran pertama yang perlu teman tempuhi adalah nak menyesuaikan diri dengan keadaan insan di sekeliling yang tidak teman kenali. Alhamdulillah nak menyesuaikan diri bersama mereka tidaklah sesuatu yang susah. 2 bulan bersama rakan-rakan sebelum menghadapi 'tahdid mustawa' cukup meninggalkan kenangan untuk teman di sini. Rasa kekeluargaan antara kami membuatkan kami cukup mesra.

Pelajar muadalah 2005 adalah group pertama yang terpaksa menempuh peperiksaan tahdid mustawa. Peperiksaan yang akan menetapkan tahun berapa yang akan kami duduki nanti.Bermacam berita yang kami dapat selama menantikan peperiksaan tersebut. Ada yang mengatakan peperiksaan tersebut dibatalkan. Ada pulak berita sampai, peperiksaan akan diadakan jugak, tapi periksa pekara-perkara asas jer. AlQuran pun tidak akan ditanya semasa peperiksaan itu nanti. Begitulah desas desus yang kami dengar.

Tiba hari peperiksaan, terkejut melihat kertas soalan, terdapat soalan AlQuran dan beberapa soalan yang tak pernah teman pelajari di Malaysia. Tapi diri ini ketika itu sudahpun berada di dalam dewan peperiksaan. Nak taknak kene buat jugak.

Teringat ucapan mak dan ayah semasa memberikan kata-kata semangat pada teman. Semua di Malaysia mendoakan teman. Sedih rasanya kalau harapan mereka itu teman abaikan. Jadi dengan semangat untuk merealisasikan hajat semua, teman menghadapi peperiksaan tersebut. Takkan nak mengalah di tengah jalan kan. Nak sampai ke Mesir tu pun bukan nya dekat.

Satu suasana peperiksaan yang baru bagi teman. Mana taknya..di Malaysia kalau kita periksa, suasana sepi tanpa ada sebarang percakapan dan gurauan. Yang kedengaran hanyalah bunyi pen sedang menari di atas kertas. Tapi di Mesir suasana itu jauh sekali. Gurauan dan pekikan penjaga peperiksaan menambahkan kekusutan untuk kita mengingatkan kembali apa yang telah kita pelajari.

Kami keluar dari dewan peperiksaan dengan keadaan diri yang buat-buat happy. Bila ditanya pada sahabat-sahabat lain, jawapan yang sama diberikan seperti teman berikan pada orang lain. Berserah pada Allah jer la...itulah jawapan rata-rata dari kami.

Nak menunggu result pun bukan seminggu dua. Sebulan baru result kami keluar. Sebelum keputusan diumumkan, ada lagi desas desus yang mengatakan kalau yang tak lulus terpaksa memasuki tahun pertama semula. Ya Allah peritnya..

Teman telefon mak dan ayah mengadukan hal tersebut. Teman nyatakan kalau dapat tahun 1@2..teman ingat nak balik je sambung pengajian di institusi dalam negara. Macam biasa lah, ayah akan serahkan segala keputusan pada tangan teman sendiri.

"Buatlah keputusan yang terbaik untuk Yop, mak ngan ayah akan ikut kalau itu yang terbaik untuk yop " itulah ungkapan dari ayah masa teman mengadukan masalah yang mungkin bakal ditempuh.

Sambutan perayaan Aidilfitri pada tahun tersebut adalah sambutan perayaan pertama teman berjauhan dengan keluarga. Alhamdulillah sambutan bersama rakan disini dapat mengubat rindu pada keluarga.

Setelah sebulan menanti, akhirnya apa yang kami nanti-nantikan selama ini akan diumumkan. Tapi tarikh pengumuman keputusan itu tak diberitahu. Teman masih ingat pada hari keputusan diumumkan, teman dalam perjalanan pulang dari Mansurah kerana pergi menghantar barang untuk kawan mak sedara teman.

Tetiba henpon Samsung teman berbunyi. Mesej dari Salleh rupanya. "Mabruk yop, caya la bro, engko lulus la"..terkejut teman baca mesej tesebut. Dalam keadaan tak percaya pada msg tersebut, teman telepon si Salleh.

"Woi..jangan main-main wei..hang tipu aku siap la nanti " itujer yang teman cakap pada dia.

"Hang balik la dulu..mai tengok sendiri " jawab Salleh.

Masa tu teman di airport sebab masa balik dari Mansurah tu teman tumpang tramco budak mansurah yang nak pi ambik kawan diorang di airport. Sampai je kat rumah Perak..pakat-pakat dok ucap mabruk pada teman. Teman tak pecaya lagi sebenarnya, sebab dari peperiksaan yang teman lalui hari tuh, susah rasanya utk teman lulus. Teman disuruh lihat sendiri di papan kenyataan.

Ya Allah...apakah benar yang aku lihat ketika ini. Rasa tidak percaya pada apa yang sedang berlaku tersebut. Dari lebih kurang 100 orang pelajar Perak kalau tak silap teman yang menghadapi peperiksaan tersebut, hanya 10 orang yang lulus. Salah seorang dari mereka adalah insan yang bernama Mohd Zulfadli Bin Mohd Arif.

Rasa syukur yang tidak terhingga teman panjatkan pada Allah. Ya Allah..aku tunduk sujud kepadaMu bagi menunjukkan rasa syukurku padaMu ya Allah..Terima kasih ya Allah..mengalir airmata teman masa tu. Airmata kegembiraan.. Terus sahaja teman ke cc untuk mengkhabarkan berita gembira tersebut pada keluarga.

Taktau la macam mana rasa seronok nyer mak ngan ayah masa tu. Hanya ucapan tahniah yang mereka zahirkan pada teman.

Itulah kisah teman seawal sampainya teman ke ardhil kinanah ini. Sudah 3 tahun lebih teman disini. Sepatutnya kalau mengikut jangkaan asal, hanya setahun teman di sini. Kawan-kawan yang mana berada di tahun 2 dan 3 setelah mendapat keputusan dulu, kini sudahpun pulang ke tanahair membina hidup masing-masing.

Sedih sebenarnya teman nak kongsikan kisah ini dengan kalian. Hidup disini sekarang ini sunyi. Kawan-kawan yang rapat semua dah balik ke Malaysia. Dalam umur sekarang yang sepatutnya teman menyara keluarga, tapi teman masih disini untuk menghabiskan baki madah yang teman ada sekarang ini.

Tapi teman tahu, kesedihan dan kesunyian ini adalah sebagai penaik semangat untuk teman. Kisah teman rasanya belum cukup susah untuk disedihkan. Masih banyak lagi kisah-kisah orang lain yang perlu berdepan dengan pelbagai lagi masalah dalam kehidupan mereka. Ujian dan cabaran yang Allah berikan ini sebagai satu jalan untuk teman sedar diri.

Ujian ini sebagai satu cara untuk Allah beri peringatan pada teman supaya lebih banyak mendekatkan diri denganNya. Dalam setiap urusan yang kita lakukan, perlu kita ingat dan sedar semuanya Allah yang tetapkan. Usaha la banyak mana pun, kalau Allah kata tak, tak berjaya jugak kita. So kita semua kene perbanyakkan ibadat dan mendekatkan diri kita denganNya.

Sebagai pengajaran dari kisah teman ini,marilah kita sama-sama hayati dan muhasabah semula diri kita. Nikmat yang Allah berikan pada kita, Allah boleh tarik anytime. Kejayaan kita pada masa sekarang belum tentu berterusan menjadi milik kita. Kadang-kadang kita terlupa dengan kejayaan yang kita perolehi itulah akan membuatkan diri kita jauh dariNya.

Ya Allah..Engkau berikanlah kejayaan untukku..Engkau berkatikanlah kejayaan yang aku perolehi tersebut. Janganlah Engkau uji aku dengan ujian yang tidak mampu untuk aku tempuhi. Engkau berikanlah kejayaan dan keberkatan hidup pada insan-insan yang aku sayangi..Amin..


Baca Lagi..